Thursday 13 June 2013

Doa seorang isteri

Ya ALLAH… Ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat, Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Berikanlah aku kekuatan mental Karuniakanlah aku dengan sifat keridhaan Peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kuatkanlah semangatku menempuhi segala perintah Mu Berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya ALLAH… Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arasy Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Syurga Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadu’ akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala sikap dan keinginannya.. Ya Allah.. Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kehilapan dan keterlanjurankuSekiranya aku salah membuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau ridhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbagai isteri Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu Sekiranya aku Ingkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu Ya ALLAH… Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu Aku buta tanpa bimbingan Mu Aku cacat tanpa hidayah Mu Aku hina tanpa Rahmat Mu Ya ALLAH… Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cobaan Mu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu,

No comments:

Post a Comment